Friday, June 15, 2012

Pemergianmu Ditangisi Kehilanganmu Amat Dirasai




Di sebalik demam bola sepak yang melanda seluruh Negara.Kita dikejutkan kehilangan permata yang sukar dicari ganti.Pada jam lebih kurang 6.15 ustaz Yahya Othman menghembuskan nafas yang terakhir di rumah beliau pada petang khamis 14/6/2012.Tatkala menerima berita ini dari seorang sahabat,diri ini amat merasai kehilangan beliau.Seorang murabbiku yang memberi sentuhan tarbiah terhadap diri ini sejak zaman sekolah.

Seorang yang tegas dalam meyampaikan ilmu.Amat menepati waktu.Namun seorang yang amat mesra diluar lapangan ilmu.Beliau amat gemar menceritakn pengalaman sewaktu belajar di bumi Mesir al-anbiya.
Masih teringat lagi pesanan beliau yang berpesan supaya menjadi daie yang sentiasa membaca Al-Quran dan sentiasa membetulkan bacaan Al-Quran.Beliau amat mementingkan pendidikan Al-Quran malah setiap bertemu dengannya pasti bliau mengingatkan perkara ini.

Walaupun sempat bertemu dngan beliau pada tahun ini.Namun kunjunganku ke rumah beliau pada 17/12/2011 amat ku rasai.diberi peluang berbual mesra malah sempat berbicara soal PRU akan datang.Masih teringat lambaian tangan beliau dan senyuman mesra sebelum diri ini meninggalkan rumahnya.Tidak disangka lambaian tangan yang terakhir dari murabbiku yang disayangi.

Tangan yang meggenggam janji setia dihadapanmu ini tidak kulupakan sama sekali dan akan terus istiqamah meneruskan agenda tarbiyah darimu.Sentuhan tarbiyahmu tidak akan padam dalam diriku..walaupun diri ini menaip dengan tangan kiri namun tetap gagahkan diri untuk menulis mengenangkan saat bersamamu

Al-FATIHAH buat murabbi tercinta Al-Fadhil Ustaz Yahya Othman

4 comments:

  1. masih teringt bait2 kata nasihat darimu..

    ReplyDelete
  2. msh trkenang tatkla dimjlis ilmu bsma dgn beliau bbrpa bln lalu,beliau brtnyakan kmi bbrapa soalan nmun tdk mmpu dijwb,kmudian bliau menegur dgn nada tegas,tunduk sketika diri ini,kmudian bliau senyum kmdian berkata "saya bukan marah kamu,tapi sayang kamu"...berderai air mata mengingtkan kmbli saat itu..smga engkau damai disana murabbiku tercinta

    ReplyDelete
  3. pergimu tiada ganti.. semoga rohnya berada dalam ketenangan selama-lamanya..ameen

    ReplyDelete
  4. Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

    Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah

    Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
    di http://dimelayu.co.gp

    ReplyDelete