Tuesday, July 6, 2010

Perjuangan dan ujian
Dalam meniti jalan kehidupan kita hannyalah seorang hamba yang lemah dan hina serta sentiasa melakukan dosa kepada Allah.Cuba kita renung kembali kehidupan kita.Apakah tujuan hidup kita?apakah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini?apakah diri kita yang sebenarnya diciptakan?untuk apa?for what?
Khususnya kita sebagai penggerak generasi akan datang,buat pemuda Islam.Tokoh perjuangan Islam silih berganti,yang hidup pasti akan menemui saat kematian,hanya Allah yang berkuasa keatas setiap sesuatu.Namun saban hari usia pendokong perjuangan Islam semakin senja tetapi semangat mereka tidak pernah luntur walaupun dimamah usia.
Pesanan buat pemuda bangkitkanlah kembali kegemilangan Islam di nusantara ini.Tidak perlu kita berbangga dengan sejarah yang lalu,namun berusahalah kembali menggegarkan kembali perjuangan pada era moden ini.
Kita yakin dengan kebenran Allah yang telah menjanjikan kita dan seluruh umat Islam yang beriman bahawa segala rancangan jahat itu akhirnya akan menimpa keatas mereka yang merancangnya sendiri.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya.....”
(surah Fathir:Ayat 43)
Sudah sememangnya kehidupan seorang pemuda Islam tidak dapat melarikan diri terhadap perjuangan ini.Apalagi Islam ini adalah agama yang ‘Syamil’.Islam agama yang lengkap dan sempurna tidak ada cacat celanya.Agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan dari sekecil zarah hinggalah ke sebesar-besar perkara.
Bangkitkanlah kembali wahai pemuda-pemuda Islam,bangkitkanlah ruhhiyah perjuangan Islam.Jadilalah seorang pemuda Islam yang tidak pernah luntur iman didada,tidak pernah kenal putus asa dalam jalan juang,tidak pernah tewas kepada kemewahan duniawi.Disini diri ini tinggalkan kalamullah buat pemuda
Firman Allah yang bermaksud:
“....pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu,dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”
(Surah Al-Maidah:Ayat 3)

.