Di sebalik demam bola sepak yang melanda seluruh Negara.Kita
dikejutkan kehilangan permata yang sukar dicari ganti.Pada jam lebih kurang
6.15 ustaz Yahya Othman menghembuskan nafas yang terakhir di rumah beliau pada
petang khamis 14/6/2012.Tatkala menerima berita ini dari seorang sahabat,diri
ini amat merasai kehilangan beliau.Seorang murabbiku yang memberi sentuhan
tarbiah terhadap diri ini sejak zaman sekolah.
Seorang yang tegas dalam meyampaikan ilmu.Amat menepati
waktu.Namun seorang yang amat mesra diluar lapangan ilmu.Beliau amat gemar
menceritakn pengalaman sewaktu belajar di bumi Mesir al-anbiya.
Masih teringat lagi pesanan beliau yang berpesan supaya
menjadi daie yang sentiasa membaca Al-Quran dan sentiasa membetulkan bacaan
Al-Quran.Beliau amat mementingkan pendidikan Al-Quran malah setiap bertemu
dengannya pasti bliau mengingatkan perkara ini.
Walaupun sempat bertemu dngan beliau pada tahun ini.Namun
kunjunganku ke rumah beliau pada 17/12/2011 amat ku rasai.diberi peluang
berbual mesra malah sempat berbicara soal PRU akan datang.Masih teringat
lambaian tangan beliau dan senyuman mesra sebelum diri ini meninggalkan
rumahnya.Tidak disangka lambaian tangan yang terakhir dari murabbiku yang disayangi.
Tangan yang meggenggam janji setia dihadapanmu ini tidak
kulupakan sama sekali dan akan terus istiqamah meneruskan agenda tarbiyah darimu.Sentuhan
tarbiyahmu tidak akan padam dalam diriku..walaupun diri ini menaip dengan tangan kiri namun tetap gagahkan diri untuk menulis mengenangkan saat bersamamu
Al-FATIHAH buat murabbi tercinta Al-Fadhil Ustaz Yahya
Othman
masih teringt bait2 kata nasihat darimu..
ReplyDeletemsh trkenang tatkla dimjlis ilmu bsma dgn beliau bbrpa bln lalu,beliau brtnyakan kmi bbrapa soalan nmun tdk mmpu dijwb,kmudian bliau menegur dgn nada tegas,tunduk sketika diri ini,kmudian bliau senyum kmdian berkata "saya bukan marah kamu,tapi sayang kamu"...berderai air mata mengingtkan kmbli saat itu..smga engkau damai disana murabbiku tercinta
ReplyDeletepergimu tiada ganti.. semoga rohnya berada dalam ketenangan selama-lamanya..ameen
ReplyDelete