Friday, May 20, 2011

DETIK-DETIK TERAKHIR DIARI SEORANG MUJAHID

"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (ayat ke 40 Surah At-Taubah)

Dari Muawiyah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama; dan bahwa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang Allah ta`ala jualah yang memberi; dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah." (HR Bukhari dan Muslim)

Salam’alaik.sudah lama berbenor menyepi,di kesempatan mungkin ada sedikit ruang untuk diri ini berbicara melalui penulisan walaupun tidak ada bakat menjadi pengarang.Hari silih berganti menutupi siang dan malam,proses alam yang disebut dalam Al-Quran di dalam SURAH Al-A’raf:

نَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas arsy, Dia menutupkan malam pada siang yang mengikutinya dengan cepat..."(Al-a'raf: 54)

Begitulah kehidupan manusia meniti waktu yang terus kehadapan tidak pernah berhenti,tidak pernah berehat,tidak pernah berundur.Waktu yang terus bergerak dalam kehidupan manusia sehinggakan bagaimana Allah bersumpah dengan waktu.Tanpa waktu ini telah melepasi wadah perjuanganku,3 tahun berjuang di alam belajar ibarat hanya sekejap pantas ianya berlalu,namun itulah praktikal di alam mahasiswa sebelum berjuang di medan yang sebenar,namun berakhirnya di marohil ini bukanlah bererti berakhirnya perjuangan ini malah bermulanya marhalah yang lebih mencabar sebagaimana nabi Muhammad sebagai khotimah sebagai Rasul,namun jalan juang Islam tetap diteruskan oleh para sahabat,tabi’,tabi’ tabiin,dan ansorallah sehinggalah datangnya hari kiamat.

Benarlah kata Syed Qutb dalam surat terakhir beliau kepada adiknya sebelum beliau digantung:”kita selalu akan merasa sempit didada jika kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini,tetapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita bahawa kita menyambung perjuangan yang LALU,dan akan diteruskan oleh generasi yang akan DATANG….,” begitulah silih berganti rantai perjuangan yang tidak putus buat selamanya.Perjuangan Islam tidak berakhir pada hari ini sebagaimana ia tidak bermula pada hari ini.Kesinambungan perjuangan Islam harus diteruskan untuk generasi akan datang.Betullah jika kita ikhlas terhadap Allah,maka Allah akan bersama dengan kita masa hidup mahupun mati.Keikhlasan dalam perjuangkan Islam harus diletakkan di maqam yang tertinggi.Matlamat perjuangan Islam ini akan tercapai dengan niat yang ikhlas tanpa adapun niat yang tersirat didalam hati.

Apatah lagi kita memegang taggungjawab dan amanah sbagai qiadah islamiah,qiadah bukanlah kemegahan dan kemuliaan namun adalah bebanan dan amanah yang benar yang begitu berat.Natijahnya ianya begitu berat dan hendaklah ia memikul bersama-sama diwaktu susah mahupun senang,ingatlah Allah sentiasa bersama dengan kita dan sahabat perjuangan sentiasa dibelakang kita.

Kuatnya dakwah kita kerana ianya dakwah Allah yang merupakan dakwah yang tertinggi.Seluruh dunia memerlukannya,maka setiap perkara yang terkandung dalam dunia dipermudahkan untuknya dan disediakan untuk jalan dakwah.Kita bersyukur kepada Allah kerana membersihkan diri kita dari ketamakan peribadi dan manfaat perseorangan dan kita tidak ingin kecuali keredhaan ALLAH dan kebaikan orang ramai-As-Syahid Hasan Al-Banna

Semoga perjuangan tetap kukuh dan mekar dalam jiwa jundi-jundi baru yang bakal membawa solusi perjuangan yang lebih baik daripada generasi terdahulu.

Sesungguhnya kita tidak akan sesekali akan tewas kerana sedikitnya bilangan kita,tidak juga kerana lemahnya kelengkapan kita,dan juga bukan kerana ramai bilangan musuh,bukan juga kerana penguasaan musuh keatas kita,Akan tetapi kita akan kalah dengan beberapa sebab iaitu apabila rosak segala hati kita dan kita tidak membaiki hati yang rosak itu dan membaiki amalan kita serta kita tidak bersatu ketika berlainan pendapat(khilaf).Adapun kita bersatu hati serta mengarah ke arah Allah,kembali padanya dengan mengambil jalan ketaatan terhadapnya dalam apa jua perkara dalam masalah yang timbul maka pertolongan akan sampai kepada kita dan seterusnya akan terlaksanalah gerak kerja kita demi menegakkan syiar Islam ini.

Buat teman-teman seperjuangan yang telah berakhir pengajian,teruskanlah dakwah Islam yang merupakan dakwah Allah tegakkanlah dalam diri kita, keluarga,masyarakat di sekeliling kita dan juga untuk daulah islamiah kita.Semoga ukhuwah yang terbina selama berjuang bersama-sama akan berkekalan buat selamanya sehingga ke syurga Insya'allah n Jangan lupo kat ceq noh.

Tuesday, February 1, 2011

AYUH BANGKIT!!!




JATUH, REBAH, BANGKIT DAN TERUS BANGKIT!!!

ذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (44)

Maksudnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Taha: 43&44].

Sindrom Tunisia semakin merebak ke tanah Arab yang merupakan bangsa dari khotamah nabi,selepas Zine El Ebidine Ben Ali kecundang ditangan rakyatnya setelah memerintah Tunisia secara kuku besi selama 23 tahun.Lantaran rakyat Islam diTanah Arab kembali bangkit terutamanya diMesir yang terkenal bumi tarbiyyah ikhwanul muslimin.

Kebangkitan ini juga merebak di Negara-negara Arab yang lain iaitu di ALGERIA,JORDAN,YAMAN dan Negara arab disekitarnya.Mesir terkenal dengan kezaliman dan keangkuhan kerana telah menutup satu-satunya jalan penghubung antara Gaza di Palestin.Ikhwan di Palestin terputus segala bekalan seharian dan juga merupakan antara negara Arab yang pertama mengadakan perjanjian dengan Rejim Zionis yang jelas melakukan jenayah dibumi anbiya’ di Palestin.

Memang patut Rejim Zionis Mesir ditumbangkan bagi membentuk semula negara Islam Mesir.Memang jelas Hosni La Mubarak wajib ditumbangkan secara total kerana kezaliman selama 30 tahun memerintah secara kuku besi terhadap rakyat Mesir.Hosni La Mubarak telah banyak melakukan jenayah sebagai pemimpin terhadap rakyatnya yang mana telah menangkap setiap pemimpin pembangkang yang lantang menentang rejim korupnya.

Beliau juga merupakan pemimpin yang sentiasa tunduk ‘hormat’ kepada REJIM AMERIKA SYARIKAT DAN REJIM ISRAEL LAKNATULLAH dalam apa jua perkara sekali pun terpakasa menggadai nyawa umat Islam di negara ARAB yang lain.Terkenal sebagai tokoh yang menangkap dan memenjarakan anggota Ikhwanul muslimin tanpa alasan yang kukuh.Ikhwan di Palestin mengharapkan perubahan yang positif terhadap kebangkitan umat Islam di mesir kerana mesir merupakan jiran Ikhwan terdekat mereka.Namun yang pasti bukan sahaja umat Palestin sehaja mengharapkan kebangkitan ini tetapi seluruh umat islam didunia sentiasa bersama-sama bangkit untuk Mesir.SEMOGA ROH As-Syahid Imam Hassan Al-Banna bangkit,bangkit dan terus bangkit meresap dalam jiwa setiap rakyat Mesir dan juga seluruh TANAH ARAB dan seterusnya keseluruh pelosok dunia.

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu. Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar” (Ali Imran: 139 - 142).

”Dan aku bermohon kepada Allah untuk mengambil tangan-tangan kita supaya kita menjadi orang-orang yang layak untuk mendapat pertolongan dan dokongannya, ya Allah perkenankanlah!. Tidakkah aku telah sampaikan ya Allah, maka saksikanlah”.