Tuesday, June 4, 2013

La Tahzan La Tansa

Sudah lama kalam tidak berbicara,dek kesibukan merintis perjuangan.Alhamdulillah harus redha dengan setiap suratan tuhan.Kalah menang itu adat bertanding.Tetapi bukanlah asbab untuk kita putus asa.Kalah bukan bererti tewas selamanya tetapi simbol kekuatan untuk menang pada masa akan datang.Janji Allah itu PASTI,sama-sama kita terus istiqamah tanpa penat lelah untuk terus mencapai kemenangan ISLAM.

Sungguh menelan kekalahan amat pahit tetapi penuh dengan kemanisan disaat bersusah payah untuk memenangkan kebenaran...Kemngan belum sampai masanya lagi tetapi ingatlah kemengan menghampiri kita.

Firman Allah di dalam Surah at-Taubah, ayat 40:

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya; Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."


Allah Taala berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1:

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.


Teruskan,teruskan dan teruskanlah jangan mudah berputus asa jadilah ummah yang kuat dan tabah kerana kemenagn akan tiba jua.

Friday, June 15, 2012

Pemergianmu Ditangisi Kehilanganmu Amat Dirasai




Di sebalik demam bola sepak yang melanda seluruh Negara.Kita dikejutkan kehilangan permata yang sukar dicari ganti.Pada jam lebih kurang 6.15 ustaz Yahya Othman menghembuskan nafas yang terakhir di rumah beliau pada petang khamis 14/6/2012.Tatkala menerima berita ini dari seorang sahabat,diri ini amat merasai kehilangan beliau.Seorang murabbiku yang memberi sentuhan tarbiah terhadap diri ini sejak zaman sekolah.

Seorang yang tegas dalam meyampaikan ilmu.Amat menepati waktu.Namun seorang yang amat mesra diluar lapangan ilmu.Beliau amat gemar menceritakn pengalaman sewaktu belajar di bumi Mesir al-anbiya.
Masih teringat lagi pesanan beliau yang berpesan supaya menjadi daie yang sentiasa membaca Al-Quran dan sentiasa membetulkan bacaan Al-Quran.Beliau amat mementingkan pendidikan Al-Quran malah setiap bertemu dengannya pasti bliau mengingatkan perkara ini.

Walaupun sempat bertemu dngan beliau pada tahun ini.Namun kunjunganku ke rumah beliau pada 17/12/2011 amat ku rasai.diberi peluang berbual mesra malah sempat berbicara soal PRU akan datang.Masih teringat lambaian tangan beliau dan senyuman mesra sebelum diri ini meninggalkan rumahnya.Tidak disangka lambaian tangan yang terakhir dari murabbiku yang disayangi.

Tangan yang meggenggam janji setia dihadapanmu ini tidak kulupakan sama sekali dan akan terus istiqamah meneruskan agenda tarbiyah darimu.Sentuhan tarbiyahmu tidak akan padam dalam diriku..walaupun diri ini menaip dengan tangan kiri namun tetap gagahkan diri untuk menulis mengenangkan saat bersamamu

Al-FATIHAH buat murabbi tercinta Al-Fadhil Ustaz Yahya Othman

Friday, May 20, 2011

DETIK-DETIK TERAKHIR DIARI SEORANG MUJAHID

"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (ayat ke 40 Surah At-Taubah)

Dari Muawiyah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama; dan bahwa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang Allah ta`ala jualah yang memberi; dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah." (HR Bukhari dan Muslim)

Salam’alaik.sudah lama berbenor menyepi,di kesempatan mungkin ada sedikit ruang untuk diri ini berbicara melalui penulisan walaupun tidak ada bakat menjadi pengarang.Hari silih berganti menutupi siang dan malam,proses alam yang disebut dalam Al-Quran di dalam SURAH Al-A’raf:

نَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas arsy, Dia menutupkan malam pada siang yang mengikutinya dengan cepat..."(Al-a'raf: 54)

Begitulah kehidupan manusia meniti waktu yang terus kehadapan tidak pernah berhenti,tidak pernah berehat,tidak pernah berundur.Waktu yang terus bergerak dalam kehidupan manusia sehinggakan bagaimana Allah bersumpah dengan waktu.Tanpa waktu ini telah melepasi wadah perjuanganku,3 tahun berjuang di alam belajar ibarat hanya sekejap pantas ianya berlalu,namun itulah praktikal di alam mahasiswa sebelum berjuang di medan yang sebenar,namun berakhirnya di marohil ini bukanlah bererti berakhirnya perjuangan ini malah bermulanya marhalah yang lebih mencabar sebagaimana nabi Muhammad sebagai khotimah sebagai Rasul,namun jalan juang Islam tetap diteruskan oleh para sahabat,tabi’,tabi’ tabiin,dan ansorallah sehinggalah datangnya hari kiamat.

Benarlah kata Syed Qutb dalam surat terakhir beliau kepada adiknya sebelum beliau digantung:”kita selalu akan merasa sempit didada jika kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini,tetapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita bahawa kita menyambung perjuangan yang LALU,dan akan diteruskan oleh generasi yang akan DATANG….,” begitulah silih berganti rantai perjuangan yang tidak putus buat selamanya.Perjuangan Islam tidak berakhir pada hari ini sebagaimana ia tidak bermula pada hari ini.Kesinambungan perjuangan Islam harus diteruskan untuk generasi akan datang.Betullah jika kita ikhlas terhadap Allah,maka Allah akan bersama dengan kita masa hidup mahupun mati.Keikhlasan dalam perjuangkan Islam harus diletakkan di maqam yang tertinggi.Matlamat perjuangan Islam ini akan tercapai dengan niat yang ikhlas tanpa adapun niat yang tersirat didalam hati.

Apatah lagi kita memegang taggungjawab dan amanah sbagai qiadah islamiah,qiadah bukanlah kemegahan dan kemuliaan namun adalah bebanan dan amanah yang benar yang begitu berat.Natijahnya ianya begitu berat dan hendaklah ia memikul bersama-sama diwaktu susah mahupun senang,ingatlah Allah sentiasa bersama dengan kita dan sahabat perjuangan sentiasa dibelakang kita.

Kuatnya dakwah kita kerana ianya dakwah Allah yang merupakan dakwah yang tertinggi.Seluruh dunia memerlukannya,maka setiap perkara yang terkandung dalam dunia dipermudahkan untuknya dan disediakan untuk jalan dakwah.Kita bersyukur kepada Allah kerana membersihkan diri kita dari ketamakan peribadi dan manfaat perseorangan dan kita tidak ingin kecuali keredhaan ALLAH dan kebaikan orang ramai-As-Syahid Hasan Al-Banna

Semoga perjuangan tetap kukuh dan mekar dalam jiwa jundi-jundi baru yang bakal membawa solusi perjuangan yang lebih baik daripada generasi terdahulu.

Sesungguhnya kita tidak akan sesekali akan tewas kerana sedikitnya bilangan kita,tidak juga kerana lemahnya kelengkapan kita,dan juga bukan kerana ramai bilangan musuh,bukan juga kerana penguasaan musuh keatas kita,Akan tetapi kita akan kalah dengan beberapa sebab iaitu apabila rosak segala hati kita dan kita tidak membaiki hati yang rosak itu dan membaiki amalan kita serta kita tidak bersatu ketika berlainan pendapat(khilaf).Adapun kita bersatu hati serta mengarah ke arah Allah,kembali padanya dengan mengambil jalan ketaatan terhadapnya dalam apa jua perkara dalam masalah yang timbul maka pertolongan akan sampai kepada kita dan seterusnya akan terlaksanalah gerak kerja kita demi menegakkan syiar Islam ini.

Buat teman-teman seperjuangan yang telah berakhir pengajian,teruskanlah dakwah Islam yang merupakan dakwah Allah tegakkanlah dalam diri kita, keluarga,masyarakat di sekeliling kita dan juga untuk daulah islamiah kita.Semoga ukhuwah yang terbina selama berjuang bersama-sama akan berkekalan buat selamanya sehingga ke syurga Insya'allah n Jangan lupo kat ceq noh.

Tuesday, February 1, 2011

AYUH BANGKIT!!!




JATUH, REBAH, BANGKIT DAN TERUS BANGKIT!!!

ذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (44)

Maksudnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Taha: 43&44].

Sindrom Tunisia semakin merebak ke tanah Arab yang merupakan bangsa dari khotamah nabi,selepas Zine El Ebidine Ben Ali kecundang ditangan rakyatnya setelah memerintah Tunisia secara kuku besi selama 23 tahun.Lantaran rakyat Islam diTanah Arab kembali bangkit terutamanya diMesir yang terkenal bumi tarbiyyah ikhwanul muslimin.

Kebangkitan ini juga merebak di Negara-negara Arab yang lain iaitu di ALGERIA,JORDAN,YAMAN dan Negara arab disekitarnya.Mesir terkenal dengan kezaliman dan keangkuhan kerana telah menutup satu-satunya jalan penghubung antara Gaza di Palestin.Ikhwan di Palestin terputus segala bekalan seharian dan juga merupakan antara negara Arab yang pertama mengadakan perjanjian dengan Rejim Zionis yang jelas melakukan jenayah dibumi anbiya’ di Palestin.

Memang patut Rejim Zionis Mesir ditumbangkan bagi membentuk semula negara Islam Mesir.Memang jelas Hosni La Mubarak wajib ditumbangkan secara total kerana kezaliman selama 30 tahun memerintah secara kuku besi terhadap rakyat Mesir.Hosni La Mubarak telah banyak melakukan jenayah sebagai pemimpin terhadap rakyatnya yang mana telah menangkap setiap pemimpin pembangkang yang lantang menentang rejim korupnya.

Beliau juga merupakan pemimpin yang sentiasa tunduk ‘hormat’ kepada REJIM AMERIKA SYARIKAT DAN REJIM ISRAEL LAKNATULLAH dalam apa jua perkara sekali pun terpakasa menggadai nyawa umat Islam di negara ARAB yang lain.Terkenal sebagai tokoh yang menangkap dan memenjarakan anggota Ikhwanul muslimin tanpa alasan yang kukuh.Ikhwan di Palestin mengharapkan perubahan yang positif terhadap kebangkitan umat Islam di mesir kerana mesir merupakan jiran Ikhwan terdekat mereka.Namun yang pasti bukan sahaja umat Palestin sehaja mengharapkan kebangkitan ini tetapi seluruh umat islam didunia sentiasa bersama-sama bangkit untuk Mesir.SEMOGA ROH As-Syahid Imam Hassan Al-Banna bangkit,bangkit dan terus bangkit meresap dalam jiwa setiap rakyat Mesir dan juga seluruh TANAH ARAB dan seterusnya keseluruh pelosok dunia.

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu. Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar” (Ali Imran: 139 - 142).

”Dan aku bermohon kepada Allah untuk mengambil tangan-tangan kita supaya kita menjadi orang-orang yang layak untuk mendapat pertolongan dan dokongannya, ya Allah perkenankanlah!. Tidakkah aku telah sampaikan ya Allah, maka saksikanlah”.

Thursday, November 18, 2010

Menterjemahkan Pengorbanan Dalam Segenap Ruang

Salam bersua kembali….apabila kita membicarakan tentang pengorbanan maka pelbagai tafsiran yang kita dapat tafsirkan.apakah sebenarnya itu tadhiah?apakah maqasid kita untuk mengetahui erti kata pengorbanan yang sebenar itu sendiri?mengapa kita perlu berkorban?kenapa disana sini orang ramai bercakap tentang pegorbanan?penting sangatkah pengorbanan itu?

Setiap manusia yang bergelar hamba Allah memerlukan pengorbanan dalam kehidupan.Setiap insan mendambakan kesenangan, kemewahan, kebahagian dansebagainya. Demi mengejar itu semua kita tidak dapat lari daripada melakukan pengorbanan sama ada dalam bentuk fizikal, material, emosi mahupun yangmelibatkan spiritual. Oleh itu menjadi kewajipan semua pihak agar pengorbananyang dibuat mengikut lunas-lunas yang diredhaiNya supaya apa yang dilakukanitu menguntungkan kita semasa hidup ataupun setelah meninggal dunia.

Semua 'tuntutan' hidup memerlukan 'pengorbanan' yang bukan sedikit. Andai lemah Iman, maka akan mudah menjerumuskan diri ke dalam kemaksiatan danakhirnya akan ditempatkan di neraka jahanam! Apa yang paling menyedihkan,terdapat segelintir mereka yang menjalankan kegiatan keagamaan terlibatsecara langsung dengan gejala salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.

Mereka ini adalah golongan yang paling berbahaya jika dibandingkan dengangolongan yang secara terang-terangan melakukan maksiat akibat kejahilandalam agama. Mereka mengambil kesempatan atas nama agama untukkehendak duniawi.

Jika direnungkan kembali, apakah bentuk pengorbanan yang telah kita lakukandemi menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini? Antara contoh pengorbanan yangtelah dilakukan oleh orang terdahulu seperti Nabi Ibrahim (a.s) dan anaknya NabiIsmail (a.s), sepatutnya menjadi contoh dan Iktibar kepada kita umat Islam. Perluditerapkan dalam setiap hati Muslim untuk memahami Konsep Pengorbananyang sebenar agar diri kita sentiasa bersedia menghadapi ancaman musuh musuhIslam dan ancaman-ancaman lain yang lebih hebat di akhir zaman.

Adakah pengorbanan seorang lelaki tehadap kekasihnya yang tidak ada pertalian yang halal dinilai sebagai pengorbanan.Sedangkan berapa ramaikah masyarakat Islam khususnya masyarakat muda-mudi yang terlibat dalam bentuk pengorbanan yang sedemikian.renung2kanlah….

Cuba kita menyingkapkan kembali ibrah yang kita dapat ambil dari sirah nabi Ibrahim dan nabi Ismail dalam ketaatan kepada perintah Allah yang mana Allah telah perintahkan nabi Ibrahim menyembelihkan anaknya Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim melaksanakan tanpa membantah sedikitpun perintah Allah.

Allah berfirman, maksudnya:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”.

Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”.

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.

Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.”

AsSaffat:102-113

Terjemahkanlah kembali pegorbanan dalam segenap sudut kehidupan kita,lakukanlah pengorbanan mengikut jalan yang diredhainya bukan jalan yang mengundang kemurkaannya.Berkorbanlah apa-apa material yang bernilai harta,wang ringgit mahupun jiwa kita untuk jalan juang kita pada Allah………

Bagiku,nilai Hari Raya Aidiladha lebih menyeronokkan dapat sama-sama dengan saudara terdekat dapat amal ijtimaie 2ekor lembu korban.Walaupun sedikit keletihan namun menyeronokkan.Moga hari raya korban dapat merapatkan ukhuwwah sesama muslim

Monday, November 1, 2010

TABAHLAH WAHAI DAE’I


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

Friday, September 17, 2010

UKHWAH DAN TARBIYAH SEHARUSNYA BERGERAK SEIRINGAN

Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain untuk ikut program lagi. Saya nak…’ Irma mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak dia ucapkan kepada murabbinya. Namun, dia benar-benar merasakan dia tidak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.


Fikiran Irma menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Irma akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu ‘bekerja’ sekarang kerana tarbiyah. Tapi saat ini, keindahan ukhwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman se usrah sudah mula memudar. Irma merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tidak tahu mengapa.

Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya. Namun ketika dia mahu meluahkannya kepada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya membuatkan Irma sukar untuk mengucapkannya. ‘Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita’, begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah yang terkubu di dalam hati.

Fenomena di atas bukanlah sesuatu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta keguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah. ‘Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun’. Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika jatuhnya aktivis dakwah ini, ia bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama. Kisah Irma adalah satu contoh.

Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada sebarang masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak setanding dengan teman-teman usrahnya.

Kuncinya di sini adalah dengan berterus-terang. Mutu sesebuah usrah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam usrah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan baiknya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu yang ada didalam usrah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walau sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian. Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad’unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.

Lihat sahaja kisah keterbukaan Kaab bin Malik semasa perang Tabuk kepada Rasulullah saw. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana berlengah-lengah! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah saw sambil berkata, "Wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allahswt akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu…” Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kita semua akan erti keterbukaan,berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad’u berterus terang akan kesalahannya, maka akan legalah hati walaupun mungkin ianya memalukan.

Di saat itulah motivasi rohani daripada murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk membantu dan mengembalikannya semula kepada langkah yang sudah ditinggalkan. Eratkan kembali ukhwah. Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang individu dalam tarbiyah adalah ukhwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah apabila kita rasakan sewaktu berprogram atau pertemuan rutin seperti menjadi kering tanpa makna. Kosong!

Perkara sebegini haruslah diatasi.Sesibuk manapun kita dengan aktiviti yang dilakukan, hak-hak ukhwah harus tetap kita berikan. Berwajah ceria ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh merasakan sifat empati terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah.

Andai kesemua hak-hak ukhwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk gugurnya sahabat-sahabat kita di atas jalan dakwah ini, insyaAllah. Akhirnya saudara, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya bermula dari tarbiyah!

Fenomena yang dilontarkan memang berlaku ditempat masing2....